Sabda Rasulullah Tentang Senyum dan Tertawa

Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tidak hanya menganjurkan umatnya untuk menebarkan senyuman dan menampilkan muka berseri-seri kepada saudaranya. Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam adalah teladan dalam perbuatannya tersebut. Beliau Shallahu ‘alaihi wa Sallam adalah sebaik-baik contoh dalam hal menebarkan senyuman dan menampilkan wajah yang berseri-seri.
Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam merupakan manusia yang paling istimewa akhlaknya. Begitu juga dalam hal senyuman. Kehidupan Rasulullah senantiasa dihiasi dengan senyuman. Para sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam yang penuh dengan senyuman.

Berikut ini, Sabda Rasulullah mengenai Senyum dan Tertawa :
1. Senyum adalah sikap mulia bernilai ibadah. Rasulullah bersabda :
“Senyummu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah.” ( HR al-Baihaqi no. 7935)
2. Senyum adalah cermin kebaikan ( Amal soleh), Dari Abu Dzar Radhiyallahu anhu berkata :
“Bahwa beberapa orang dari Sahabat berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah pergi dengan membawa banyak pahala. Mereka shalat seperti kami shalat, mereka puasa seperti kami puasa, dan mereka dapat bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kalian sesuatu yang dapat kalian sedekahkan? Sesungguhnya pada setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah dari yang mungkar adalah sedekah, dan salah seorang dari kalian bercampur (berjima’) dengan istrinya adalah sedekah.” Mereka bertanya : “Wahai Rasulullah! Apakah jika salah seorang dari kami mendatangi syahwatnya (bersetubuh dengan istrinya) maka ia mendapat pahala di dalamnya?” Beliau menjawab : “Apa pendapat kalian seandainya ia melampiaskan syahwatnya pada yang haram, bukankah ia mendapatkan dosa? Maka demikian pula jika ia melampiaskan syahwatnya pada yang halal, maka ia memperoleh pahala.” (HR. Muslim no. 720, 1006)
Dari Abu Dzarr Radiyallahu ‘anhu ia berkata, : Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa sallam bersabda  :
”Janganlah kamu memandang rendah sedikitpun suatu kebajikan, walaupun sekedar kamu bertemu  saudaramu dengan wajah berseri-seri”. (HR Muslim no.2626.).
3. Senyum adalah sikap mulia bernilai sedekah. Rasulullah bersabda :
“Senyum manismu di hadapan saudaramu dan orang lain adalah sedekah” ( HR at-Tirmizi no. 2685 )
4. Senyum  adalah solusi untuk menyelesaikan masalah. Anas bin Malik meriwayatkan, dia berkata,
” Suatu hari aku dan para sahabat berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. Ketika itu baginda memakai selimut dari daerah Najran yang hujungnya agak kasar. Tiba-tiba baginda bertemu dengan seorang Badwi( Arab Pedusunan). Tanpa disangka, lelaki Badwi itu langsung menarik selimut Rasulullah s.a.w dengan kuat sehingga aku melihat kesan merah di bahu baginda. Lelaki Badwi itu dengan kasar berkata, “Suruh orangmu memberi harta Allah kepadaku yang engkau simpan sekarang juga!” Kelakuan kasar dan sombong si Badwi tersebut membuatkan para sahabat sangat marah dan ingin mengajarnya. Namun Rasulullah melayani sikap kasar lelaki Badui itu dengan senyuman dan berkata kepada kami dengan senyum manis pula, “Berilah lelaki ini makanan apa sahaja yang dia mau. Kami lantas memberi si Badui makanan yang dia pinta. Dan kami tidak jadi mengajar si Badui kerana senyuman Rasulullah s.a.w.
( HR at-Tabrani no. 7695 )
5. Senyum adalah pengubat jiwa dan hati serta fikiran, Rasulullah bersabda :
” Janganlah kamu terlalu membebani jiwamu dengan segala keseriusan hidup. Hiburkanlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu kerana jikalau jiwa terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi keruh.” ( HR Ibnu Majah no. 1130)
7. Tidak sewajarnya ketawa berlebih-lebihan.
Aisyah meriwayatkan, dia berkata,
“Tidak pernah sekalipun aku melihat Rasulullah s.a.w ketawa terbahak-bahak sehingga kelihatan kerongkongnya. Akan tetapi, ketawa baginda adalah dengan tersenyum.” ( HR. Al-Bukhari no. 8217)
8. Ketawa berlebih-lebihan boleh mematikan hati. Rasulullah bersabda :
” Janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.” ( HR Ibnu Majah no. 4183 )
Dalam riwayat lain ada disebut,
“Ketawalah sedikit kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” ( HR Muslim no. 1499)
9. Ketawa berlebih-lebihan boleh menjatuhkan harga diri. Rasulullah bersabda :
“Sesungguhnya banyak ketawa akan mematikan hati  dan menghilangkan karisma seorang Mukmin.” (HR at-Tirmizi no. 2227)
10. Bercakap bohong demi membuat orang lain ketawa akan mendapat kecelakaan. Rasulullah bersabda :
” Celakalah manusia yang berbicara padahal dia berbohong hanya sekadar untuk membuat orang lain ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” ( HR Abu Daud no. 4454)
“Sesungguhnya Allah membenci orang yang bermuka masam di hadapan saudara-saudaranya”. (HR. Ad-Dailami no. 89111).
Semoga kumpulan Hadits tentang Senyum dan Tawa Rasulullah ini di amalkan dan lebih baik lagi apabila di sebarkan.

Wassalam.
Share on Google Plus

About Admin

Khazanahislamku.blogspot.com adalah situs yang menyebarkan pengetahuan dengan pemahaman yang benar berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah dengan pemahaman generasi terbaik dari para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam beserta pengikutnya.
    Blogger Comment

0 komentar:

Post a Comment


Terima Kasih Telah Berkunjung di khazanahislamku.blogspot.com

Berikan Komentar dengan Penuh ETIKA untuk kita Diskusikan bersama