Kisah Kehidupan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan Para Sahabat رضي الله عنهم
Ibnu Ishak telah mengeluarkan dari Ja'far bin Amru bin Umaiyah Adh-Dhamri, dia berkata: Aku keluar bersama Abdullah bin Adiy bin Al-Khiyar pada zaman Mu'awiyah ra... dan disebutkan ceritanya hingga kami duduk bersama Wahsyi (pembunuh Hamzah ra.), maka kami berkata kepadanya: Kami datang ini untuk mendengar sendiri darimu, bagaimana engkau membunuh Hamzah ra. Wahsyi bercerita: Aku akan memberitahu kamu berdua, sebagai mana aku sudah memberitahu dahulu kepada Rasulullah SAW ketika Beliau bertanya ceritanya dariku.
Pada mulanya, aku ini adalah hamba kepada
Jubair bin Muth'im, dan pamannya yang bernama Thu'aimah bin Adiy telah
mati terbunuh di perang Badar. Apabila kaum Quraisy keluar untuk
berperang di Uhud, Jubair berkata kepadaku: Jika engkau dapat membunuh
Hamzah, paman Muhammad untuk menuntut balas kematian pamanku di Badar,
engkau akan aku merdekakan. Bila tentera Quraisy keluar ke medan Uhud,
aku turut keluar bersama mereka. Aku seorang Habsyi yang memang mahir
untuk melempar pisau bengkok, dan sebagaimana biasanya orang Habsyi,
jarang-jarang tidak mengenai sasaran apabila melempar. Apabila kedua
belah pihak bertempur di medan Uhud itu, aku keluar mencari-cari Hamzah
untuk kujadikan sasaranku, sehingga aku melihatnya di antara orang yang
bertarung, seolah-olahnya dia unta yang mengamuk, terus memukul dengan
pedangnya segala apa yang datang menyerangnya, tiada seorang pun yang
dapat melawannya. Aku pun bersiap untuk menjadikannya sasaranku. Aku
lalu bersembunyi di balik batu berdekatan dengan pohon yang dia sedang
bertarung, sehingga apabila dia datang berdekatan denganku, mudahlahlah
aku melemparkan pisau racunku itu.
Tatkala dia dalam keadaan
begitu, tiba-tiba datang menyerangnya Sibak bin Abdul Uzza. Apabila
Hamzah melihat Sibak datang kepadanya, dia berteriak: Mari ke sini,
siapa yang hendak mencari maut! Dipukulnya dengan sekali pukulan
kepalanya terus berguling di tanah. Maka pada ketika itulah, aku terus
mengacung-acungkan pisau bengkokku itu, dan apabila aku rasa sudah tepat
sasaranku, aku pun melemparnya kepada Hamzah mengenai bawah perutnya
terus rnenembusi bawah selangkangnya. Dia mencoba hendak menerkamku,
tetapi dia sudah tidak berdaya lagi, aku lalu meninggalkannya di situ
sehinggalah dia mati. Kemudian aku kembali lagi untuk mengambil pisau
bengkokku itu, dan aku membawanya ke perkemahan kami. Aku duduk di situ
menunggu, dan aku tidak punya hajat yang lain, selain dari hendak
membunuh Hamzah agar aku dapat dimerdekakan oleh tuanku.
Apabila
kami kembali ke Makkah, seperti yang dijanjikan oleh tuanku, aku
dimerdekakan. Aku terus tinggal di Makkah. Dan apabila kota Makkah
ditakluki oleh Rasulullah SAW aku pun melarikan diri ke Tha'if dan
menetap di sana. Apabila rombongan orang-orang Tha'if bersiap-siap
hendak menemui Rasulullah SAW untuk memeluk Islam, aku merasa serba
salah tidak tahu ke mana harus melarikan diri. Aku berfikir, apakah aku
harus melarikan diri ke Syam, atau ke Yaman, ataupun ke negeri-negeri
lainnya, sampai kapan aku akan menjadi orang buruan?! Demi Allah, aku
merasakan diriku susah sekali. Tiba-tiba ada orang yang datang kepadaku
memberi nasehat: Apa yang engkau susahkan? Muhammad tidak membunuh orang
yang masuk ke dalam agamanya, dan menyaksikan syahadat kebenaran! Aku
tidak ada jalan melainkan menerima nasehat itu. Aku pun menuju ke
Madinah untuk menemui Rasulullah SAW Memang tiada disangka-sangkanya
melainkan dengan tiba-tiba Beliau melihatku berdiri di hadapannya
menyaksikan syahadat kebenaran itu. Beliau lalu menoleh kepadaku seraya
berkata: Apakah engkau ini Wahsyi? Jawabku: Saya, wahai Rasulullah!
Beliau berkata lagi: Duduklah! Ceritakanlah bagaimana engkau rnembunuh
Hamzah?! Aku lalu menceritakan kepadanya seperti aku menceritakan
sekarang kepada kamu berdua.
Apabila selesai bercerita, Beliau
berkata kepadaku: Awas! Jangan lagi engkau datang menunjukkan wajahmu
kepadaku! Kerana itu aku terus-menerus menjauhkan diri dari Rasulullah
SAW supaya Beliau tidak melihat wajahku lagi, sehinggalah Beliau wafat
meninggalkan dunia ini. Kemudian apabila kaum Muslimin keluar untuk
berperang dengan Musailimah Al-Kazzab, pemimpin kaum murtad di Yamamah,
aku turut keluar untuk berperang dengannya. Aku bawa pisau bengkok yang
membunuh Hamzah itu. Ketika orang sedang gawat bertempur, aku
mencuri-curi masuk dan aku lihat Musailimah sedang berdiri dan di
tangannya pedang yang terhunus, maka aku pun membuat persiapan untuk
melemparnya dan di sebelahku ada seorang dari kaum Anshar yang sama
tujuan denganku. Aku terus mengacung-acungkan pisau itu ke arahnya, dan
apabila aku rasa sudah boleh mengenai sasarannya, aku pun
melemparkannya, dan mengenainya, lalu orang Anshar itu menghabiskan
hidupnya dengan pedangnya. Aku sendiri tidak memastikan siapa yang
membunuh Musailimah itu, apakah pisau bengkokku itu, ataupun pedang
orang Anshar tadi, hanya Tuhan sajalah yang lebih mengetahui. Jika aku
yang membunuhnya, maka aku telah membunuh orang yang terbaik pada masa
hayat Rasulullah SAW dan aku juga sudah membunuh orang yang paling jahat
sesudah hayat Beliau.
(Al-Bidayah Wan-Nihayah 4:18)
Bukhari
telah mengeluarkan dari Ja'far bin Amru sebagaimana cerita yang
sebelumnya, cuma apabila orang ramai berbaris untuk berperang, lalu
keluarlah Sibak seraya menjerit: Siapa yang akan melawanku? Hamzah pun
keluar untuk melawannya, lalu Hamzah berkata kepadanya: Hai Sibak! Hai
putera Ummi Anmar, tukang sunnat orang perempuan! Apakah engkau hendak
melawan Allah dan RasulNya? Hamzah lalu menghantamnya dengan suatu
pukulan yang keras menghabiskannya.
0 komentar:
Post a Comment
Terima Kasih Telah Berkunjung di khazanahislamku.blogspot.com
Berikan Komentar dengan Penuh ETIKA untuk kita Diskusikan bersama