Kisah Kehidupan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan Para Sahabat رضي الله عنهم
Ada banyak riwayat yang mengatakan, bahwa Rasulullah SAW tidak akan
memulai peperangan, kecuali sesudah menyeru terlebih dahulu untuk
memeluk Islam.
(Nashbur-Raayah 2:278; Majma'uz-Zawa'id 5:304; Kanzul Ummal 2:298).
Ibnu
Mandah dan Ibnu Asakir telah memberitakan dari Abdul Rahman bin A'idz
ra. katanya: Apabila Rasulullah SAW mengutus pasukannya ke medan perang,
terlebih dahulu Beliau berpesan kepada mereka, katanya: Berlembutlah
kepada manusia, dan jangan memulai sesuatu tindakan, sebelum kamu
mengajak mereka kepada agama Allah. Sesungguhnya tiada penghuni rumah,
atau penduduk kampung, yang dapat kamu membawa mereka kepadaku dalam
keadaan memeluk Islam, itu adalah lebih baik kepadaku dari kamu membawa
kepadaku wanita-wanita mereka dan anak-anak mereka yang kamu tawan,
padahal kamu telah membunuh semua lelaki-lelaki mereka.
(Al-Ishabah 3:152; Musnad Termidzi 1:195)
Pesan Rasulullah SAW kepada Pasukan Jihad
Riwayat
dari Buraidah ra. katanya: Apabila Rasulullah SAW mengutus satu
pasukan, atau pasukan untuk berperang, ia berpesan kepada ketua atau
panglimanya supaya senantiasa bertaqwa kepada Allah, khususnya pada diri
mereka dan juga pada semua kaum Muslimin, kata Beliau: "Jika kamu
bertemu dengan musuh kamu dari kaum musyrikin, ajaklah mereka kepada
satu dari tiga perkara, dan kiranya mereka menerima apa saja dari antara
tiga perkara itu, hendaklah kamu menerimanya dan berhentikan menyerang
mereka":
1. Ajak mereka untuk memeluk Islam, jika mereka menerimanya, biarlah mereka memeluk Islam, dan berhenti menyerang mereka.
2.
Ajaklah mereka untuk berpindah dari negeri mereka ke negeri orang yang
berhijrah (yakni negeri Islam), dan beritahu mereka jika mereka setuju,
akan diberi hak seperti yang diberikan kepada kaum yang berhijrah, dan
menanggung hak seperti yang ditanggung oleh mereka. jika mereka enggan
berpindah, dan ingin rnenetap di negeri mereka, maka beritahu mereka
bahwa mereka harus bersikap seperti kaum badui Arab yang telah memeluk
Islam, berlaku ke atas mereka semua hukum-hukum Allah yang dilaksanakan
ke atas kaum yang beriman, dan bahwa mereka tidak berhak untuk menerima
jizyah dan harta rampasan perang, kecuali jika mereka turut berjihad
dengan kaum Muslimin.
3. Jika mereka enggan juga semua tawaran itu,
maka berundinglah dengan mereka supaya mereka membayar jizyah (pajak),
jika mereka terima, hendaklah disetujui dan hentikan serangan kepada
mereka. Tetapi, jika mereka enggan dan menolak juga, maka mintalah
bantuan kepada Allah dan perangilah mereka itu. Kemudian, apabila kamu
mengepung penduduk yang berlindung di dalam bentengnya, lalu mereka
memohon supaya kamu memberikan keputusan kepada mereka dengan hukuman
Allah, maka janganlah kamu menuruti permohonan mereka itu, kerana kalian
tidak mengetahui apa yang akan diputuskan Allah kepada mereka. Akan
tetapi putuskanlah menurut kebijaksanaan kamu, dan tetapkanlah ke atas
mereka sesudah itu apa yang dipandang wajar!
(Muslim 2:82; Abu Daud, hal. 358; Ibnu Majah, hal. 210, dan Baihaqi 9:184)
Ada
beberapa riwayat yang memberitakan dari Saiyidina Ali bin Abu Thalib
ra. bahwa Rasulullah SAW pernah mengutusnya ke medan perang, dan setelah
pasukannya berangkat, Beliau lalu menyuruh orang mengejar pasukan itu
supaya menyampaikan pesan Rasulullah SAW yang berbunyi: jangan kamu
memerangi musuh kamu sebelum kamu menyeru mereka kepada agama Islam
terlebih dahulu.
Dalam pembicaraan yang disampaikan oleh Sahel
bin Sa'ad ra. yang dinukil oleh Bukhari dan lainnya, bahwa Rasulullah
SAW berkata kepada Ali ra. pada peperangan Khaibar: Berangkatlah dengan
segera, hingga engkau tiba di medan perang mereka, kemudian serulah
mereka kepada Islam, dan beritahu mereka apa yang diwajibkan Allah dari
hal hak-haknya. Demi Allah, seandainya Allah berikan petunjuknya kepada
seorang saja di antara mereka di tanganmu, itu adalah lebih baik dari
engkau memiliki unta-unta merah!
Ibnu Sa'ad telah meriwayatkan
dari Farwah bin Missik Al-Qathi'i ra. berkata: Sekali peristiwa aku
datang kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Boleh atau tidakkah aku
memerangi kaumku yang enggan memeluk Islam dengan mereka yang telah
memeluk Islam", tanya Farwah. "Ya, boleh!" jawab Rasulullah SAW "Tapi,
wahai Rasulullah!" tambahku, "mereka itu dari keturunan Saba', mereka
terkenal kuat dan berani mati!" aku cuba menerangkan situasi yang
sebenarnya. "Ya, boleh dan aku benarkan kamu memerangi mereka itu,
walaupun mereka Saba' sekalipun!" Rasulullah SAW mengizinkanku untuk
meneruskan cita-citaku itu. Berkata Farwah: Aku pun meninggalkan majlis
Rasulullah SAW itu kembali ke rumah untuk membuat persiapan. Rupanya
waktu itu, telah turun firman Allah ta'ala yang menjelaskan lagi tentang
permasalaan Saba' tadi. Lalu Beliau menyuruh mencariku dengan mengutus
orang untuk memanggilku. Malangnya aku juga sudah berangkat. Maka utusan
itu pun mengejarku dan mengajakku kembali untuk menemui Rasulullah SAW.
Apabila aku memasuki majelisnya, aku dapati Beliau sedang duduk dan
dikelilingi oleh beberapa orang sahabatnya, lalu Beliau berkata: "Wahai
Farwah! Mulaikanlah dengan menyeru mereka kepada Islam terlebih dahulu,
siapa yang setuju terimalah darinya. Dan siapa yang enggan, jangan
engkau lakukan apa-apa terhadapnya, sehingga datang perintah Allah
kepadaku!". "Ya Rasulullah! Apa itu Saba'?" terdengar seorang sahabat
bertanya, "apakah dia mengenai tanah Saba' ataupun puterinya?". "Bukan",
jawab Rasulullah SAW. "Dia bukan tanahnya atau puetrinya. Tetapi dia
seorang lelaki Arab yang beranak sepuluh. Enam dari padanya berpindah ke
Yaman, dan empat yang lain berpindah ke Syam". Rasulullah SAW
menjelaskan hakikat Saba' itu. Kemudian Beliau menyambung pula: "Adapun
yang pergi ke Syam, yaitu: Lakham, Judzam, Chassan dan Amilah", Beliau
berhenti sebentar, kemudian menyambung lagi, "adapun yang ke Yaman, maka
mereka itu: Azd, Kindah, Himyar, Asyfariyun, Anmar dan Mudzhij".
Terdengar pula suatu pertanyaan lagi meminta penerangan, Siapakah Anmar
itu?". "Dia itulah yang dari keturunan Khats'am dan Bujailah", jelas
Rasulullah SAW, lagi.
(Thabaqat Ibnu Sa'ad 2:154, dan Kanzul Ummal 1:260)
Dalam
versi Ahmad dan Abd bin Humaid yang diriwayatkannya dari Farwah juga,
bahwa dia berkata: Aku telah mendatangi Rasulullah SAW meminta izinnya
untuk memerangi orang yang tidak mau memeluk Islam, kataku: "Bolehkah
aku memerangi orang yang enggan memeluknya dengan mereka yang telah
memeluk Islam dari kaumku?". "Ya, boleh", jawab Rasulullah SAW. "Engkau
boleh memerangi orang yang enggan memeluk Islam itu dengan siapa yang
telah memeluk Islam dari kaummu". Setelah aku pergi, Beliau lalu
memanggilku kembali, seraya berkata: "Jangan engkau memerangi mereka,
sehingga engkau menyeru mereka kepada Islam terlebih dahulu". Tiba-tiba
terdengar suara orang bertanya kepada Beliau, katanya: "Wahai
Rasulullah! Saba' itu, apakah lembah, atau bukit, ataupun apakah dia
sebenarnya?". "Bukan semua itu", jawab Rasulullah SAW, "tetapi dia
adalah seorang Arab yang beranak sepuluh orang anak...". Dan seterusnya
sehingga akhir penerangan Rasulullah SAW seperti yang disebutkan di atas
tadi
(Tafsir Ibnu Katsir 3:531)
Thabarani meriwayatkan dari
Khalid bin Said ra. katanya: Rasulullah SAW pernah mengutusku ke negeri
Yaman, seraya berpesan: Siapa yang engkau temui dari kaum Arab, lalu
terdengar darinya suara azan, janganlah engkau mengganggunya. Dan siapa
yang mendatangi suara azan, ajaklah mereka kepada Islam.
(Majma'uz-Zawa'id 5:307)
0 komentar:
Post a Comment
Terima Kasih Telah Berkunjung di khazanahislamku.blogspot.com
Berikan Komentar dengan Penuh ETIKA untuk kita Diskusikan bersama