Sayyidina Hassan adalah cucu Rasulullah SAW dari puteri bungsu baginda yang paling disayanginya yaitu Siti Fatimah Az Zahra dan menantunya Sayyidina Ali, yang juga merupakan Sahabatnya yang sangat disayangi baginda.
Sayyidina Hassan 
lahir kira-kira sebulan sebelum Perang Uhud. Menurut ahli-ahli sejarah, 
tarikh lahirnya yang tepat ialah pada 15 Muharram. Namanya telah 
diberikan oleh baginda Rasulullah SAW sendiri. Nama ‘Hassan’ itu tidak 
pernah digunakan di Tanah Arab di zaman jahiliyah. Rasulullah SAW sangat
 gembira sekali dengan kelahiran Sayyidina Hassan. 
Rasulullah SAW pernah bersabda bahwa Sayyidina Hassan adalah salah seorang penghuni Syurga dan seorang yang paling mirip wajahnya dengan baginda. Pernah baginda bersabda kepada Sayyidina Hassan sendiri:
“Engkau menyerupai aku baik tentang bentuk rupamu maupun tentang akhlak.” 
Bahkan Sayyidina Ali sendiri pernah berkata:
“Hassan 
menyerupai Rasulullah dari dada sampai ke kepala. Tetapi Hussin 
menyerupai Rasulullah di bahagian-bahagian lainnya, dari dada sampai ke 
bawah.”
Pada suatu hari, Sayyidina Abu Bakar yang baru keluar dari masjid melihat Sayyidina Hassan yang masih kecil ketika itu. Sayyidina Abu Bakar segera mengejar mendapatkannya lalu memeluknya.
“Demi Allah, rupa engkau mirip sekali dengan Rasulullah dan lain sekali dari ayahmu, Ali.”
Mendengar 
kata-kata Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Hassan hanya tersenyum. 
Ayahnya, Sayyidina Ali yang berada di samping Sayyidina Abu Bakar, 
tertawa mendengar kata-katanya.
Rasulullah sangat sayang sekali terhadap cucunya ini. Baginda senantiasa
 ingin bersama cucunya sekali pun ketika hendak solat. Bahkan 
kadang-kadang juga ketika menerima wahyu dari malaikat Jibril as.
Di masa 
kanak-kanaknya. Rasulullah sendiri yang mendidik Sayyidina Hassan dan 
adiknya Sayyidina Hussin dengan budi pekerti yang mulia. Sayyidina 
Hassan memang terkenal sebagai seorang kanak-kanak yang cerdik. Tatkala 
umurnya 4 tahun, beliau sudah dapat menghafal kalimat-kalimat suci yang 
didengar dari kakeknya yang mulia. Ketika berumur 8 tahun, dia sudah menghafal hadith-hadith Rasulullah SAW.
Ketika
 dewasa, Sayyidina Hassan menjadi seorang yang sangat dikenali dan 
dicintai oleh seluruh umat Islam ketika itu. Beliau seorang yang cantik 
serta elok rupanya ditambah dengan pribadinya yang mulia. Sayyidina 
Hassan adalah seorang yang berkulit putih kemerah-merahan. Biji matanya 
hitam dan besar. Mukanya berjambang, bertulang besar, pipinya halus, 
raut mukanya lembut serta berjanggut. Keadaan 
tubuhnya sedang dan cantik. Tidak tinggi dan tidak rendah. Sungguh 
Sayyidina Hassan adalah seorang yang cantik dan gagah. Siapa yang memandangnya akan tertarik padanya.
Sayyidina Hassan 
adalah seorang yang sangat bertaqwa kepada Allah dan paling baik 
akhlaknya. Beliau seorang yang tenang, halus budi bahasa serta pandai 
bergaul dengan orang lain. Kebanyakan kaum Muslimin yang hidup di 
zamannya sangat sayang kepadanya. Beliau sangat merendah diri dan suka 
bergaul dengan orang-orang miskin. 
Kerapkali apabila
 melihat sekumpulan orang Islam sedang makan-makan, Sayyidina Hassan 
akan turun dari untanya untuk makan bersama mereka. Ada ketikanya beliau
 menjemput pula orang-orang yang kesusahan untuk datang ke rumahnya. Apabila mereka datang beramai-ramai, beliau akan menjamu mereka. 
Sayyidina Hassan suka mendapatkan ilmu-ilmu dari para Sahabat Rasulullah SAW yang ketika itu sudah tua umurnya. Beliau juga suka mengajar siapa saja yang suka mendengar ajaran-ajarannya. 
Karena taqwanya, menurut satu riwayat, ketika sedang mengambil wudhuk, mukanya tiba-tiba menjadi sangat pucat karena takut pada Allah. Demikian juga ketika beliau teringat soal mati. Ketika menceritakan tentang hari kebangkitan, beliau sering menangis terisak-isak.
Sayyidina Hassan 
terkenal sebagai seorang dermawan. Waktu hidupnya, beliau digelar, 
“Karimu ahlil bait” yang ertinya keluarga Rasulullah SAW yang paling 
dermawan. Beliau tidak pernah menghampakan harapan orang lain
Sebagai seorang 
cucu baginda SAW, beliau adalah ibarat permata di zaman hidupnya karena 
memiliki budi pekerti yang mulia lagi terpuji. Sikapnya ramah, 
penyantun, rendah hati dan dermawan pula.
Pada suatu hari 
sedang Sayidina Hasan r.a duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang
 seorang Arab Badwi lalu mencacinya. Dia turut juga mencaci ayah serta 
ibu Sayidina Hasan r.a. Anehnya Sayidina Hasan r.a hanya mendengar saja 
akan segala maki hamun orang itu tanpa sedikit pun berubah air mukanya, 
atau membuat serang balas terhadap orang yang biadab itu.
Kemudian ia berkata kepada Badwi itu:
“Wahai Badwi, adakah engkau lapar dan dahaga? Atau adakah sesuatu yang merungsingkan hati engkau?”
Tanpa mempedulikan kata-kata Sayidina Hasan r.a, Badwi itu terus memaki-makinya. Oleh itu Sayidina Hasan r.a pun menyuruh pelayan rumahnya supaya membawa kantung yang berisi uang perak lantas diberikannya kepada Badwi itu sambil berkata:
“Wahai Badwi, maafkanlah saya karena inilah saja yang saya miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikan darimu.”
Sikap dan layanan Sayidina Hasan r.a yang mengejutkan itu akhirnya berhasil melembutkan hati Badwi tersebut. Tiba-tiba Badwi itu menangis terisak-isak lantas sujud di kaki Sayidina Hasan bin Ali r.a sambil berkata:
“Wahai 
cucu baginda Rasul. Maafkanlah aku karena berlaku kasar terhadapmu. 
Sebenarnya aku sengaja berbuat begini untuk menguji kebaikan budi 
pekertimu sebagai cucu Rasulullah SAW yang sangat aku kasihi. Sekarang 
yakinlah aku bahwa engkau hai cucu Rasul, sesungguhnya mempunyai pekerti
 yang mulia sekali.”
Demikianlah satu 
contoh keindahan budi yang tiada taranya. Sayidina Hasan r.a yang kena 
maki hamun itu bukan saja dapat bersabar terhadap segala cubaan itu 
bahkan membalasnya pula dengan sikapnya yang lembut serta pemurah pula.
Semasa pemerintahan Khalifah Uthman ibnu Affan, Sayyidina Hassan 
telah sempurna menjadi seorang yang dewasa. Ketika itu beliau termasuk 
dalam golongan ulama yang terkemuka. Ketika timbul kekacauan semasa 
pemerintahan Khalifah Uthman, Sayyidina Ali menyuruh kedua puteranya 
supaya menjaga keselamatan Sayyidina Uthman di rumahnya. Ketika itu 
rumahnya sedang dikepung oleh pemberontak. Maka Sayyidina Hassan dan 
Hussin segera melaksanakan kehendak ayah mereka tetapi Khalifah Uthman 
meminta mereka pulang. Apabila Khalifah Uthman dibunuh, Sayyidina Ali 
sangat marah terhadap kedua puteranya karena tidak melindungi Khalifah 
Uthman walhal Khalifah sendiri menolak pertolongan mereka.
Apabila Sayyidina
 Ali naik menjadi Khalifah maka kedua-dua puteranya berazam untuk 
membela serta melindungi ayah mereka tercinta. Apabila ayah mereka mati 
dibunuh pada tanggal 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah maka Sayyidina Hassan 
dan Hussin telah menuntut bela dan berjaya membunuh orang yang membunuh 
ayah mereka. Tidak lama kemudian, Sayyidina Hassan pula dilantik oleh 
kaum Muslimin menjadi Khalifah menggantikan ayahnya.
Sebenarnya Sayyidina Hassan sendiri tidak suka menjadi khalifah. Ketika itu, ada di kalangan muslimin yang menginginkan Sayyidina Muawiyah bin Abu Sufian untuk naik sebagai khalifah. Maka timbullah perbedaan antara penyokong Sayyidina Hassan dan penyokong Sayyidina Muawiyah. Sayyidina Hassan suka akan
 perdamaian. Keadaan yang berpecah belah itu sangat tidak disukai 
olehnya. Khalifah Hassan sempat memerintah wilayah Iraq serta 
wilayah-wilayah di sekelilingnya seperti Khurasan, Hujaz dan Yaman 
selama 7 bulan. Tetapi semasa pemerintahannya, dunia Islam telah penuh 
kekacauan. Demi menyatu padukan umat Islam, maka Sayyidina Hassan 
sanggup menyerahkan jawatan khalifah kepada Sayyidina Muawiyah.
“Aku sama sekali tidak ingin memerintah umat Muhammad jika dengan itu aku harus menumpahkan darah walau hanya secangkir.”
Demikianlah 
kata-kata Sayyidina Hassan. Rasulullah SAW sendiri, sewaktu hidupnya 
telah mengetahui bahwa cucunya itu mempunyai akhlak yang terpuji, 
lemah-lembut dan memiliki hati yang halus. Sabda baginda:
“Anakku ini adalah penghulu ( Sayyid ). Mudah-mudahan Allah akan mendamaikan dengan sebab Hassan, dua golongan kaum Muslimin yang sedang bermusuh-musuhan.”
Sayyidina Hassan 
meninggal dunia setelah diracun. Kematiannya disaksikan dengan perasaan 
sedih oleh adiknya, Sayyidina Hussin yang sangat mengasihinya.

0 komentar:
Post a Comment
Terima Kasih Telah Berkunjung di khazanahislamku.blogspot.com
Berikan Komentar dengan Penuh ETIKA untuk kita Diskusikan bersama