30 PESAN IMAM SYAFEI SEBAGAI PEGANGAN HIDUP
.
Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.
Ayahnya berasal daripada keturunan
Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie
masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari
kabilah Yaman dari suku Uzd.
Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin
pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau
dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah
Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani
Abbasiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba
kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau
mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun
beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik.
Beliau mempunyai suara merdu, boleh
bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan
memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan
dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat.
Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.
Imam Syafie melarang taklid, baik taklid
kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup,
beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan
taklid,
“Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis.“Pesan Imam Syafie, ” Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti.“
30 PESAN IMAM SYAFEI
- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
Perbanyaklah menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Dan Perbanyaklah menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
- Pilihlah makanan yang halal karena ia menjamin kesehatan dan menyebabkan syaitan menghindar.
- Apabila salah seorang antara kaum kerabat dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
Marah
adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.
Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala
tenteranya.
- Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
Berbuat
baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan
lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat
menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas
dosa-dosa kamu.
- Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
Takwa
adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat
pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan
kemenangan.
- Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang mencoba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
Ingat
dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya karena ia mengobati penyakit
jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
- Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
Kubur
adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi
yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawaban yang adil
dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak
berbelah bagi.
- Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan “A’uzubillahi minassaitathanirrajim“. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
Sebesar-besar
keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan
keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
- Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
Ketahuilah
istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari
ketakutan dan menggoncang kerajaan iblis di istana kerajaannya.
- Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
Tafakurlah
sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti
pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya
dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
- Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud ” Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus.”
Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki
yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah
Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang
bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan
melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka
mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan
mereka.
0 komentar:
Post a Comment
Terima Kasih Telah Berkunjung di khazanahislamku.blogspot.com
Berikan Komentar dengan Penuh ETIKA untuk kita Diskusikan bersama