Saat
membaca takbiratul ihram, “Allahu Akbar”, seseorang akan berasa
ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu
akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk. Ibnu Qayyim
berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka
adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul
ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.
2. Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat
Sahabat
Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “
Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat
bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut
dengan khinzib. “Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri
tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan
Allah SWT menghilangkan gangguan itu daripadaku” (Hadis Riwayat Muslim).
3.Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu
Hurairah r.a. berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang
bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang
kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang
dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah
ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam,
setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4. Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu
Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Apabila
dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut,
sampai ia tidak mendengar suara azan. Apabila muazin selesai azan, ia
kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai
iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat
seraya berkata kepadanya, “ Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat
!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat
Bukhari).
5. Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu
Qayyim berkata : “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada
syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi
seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu
pada tempatnya. Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman
Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah
memerintahkannya untuk mengulanginya karena solat yang ia kerjakan belum
sah. Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah
(takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu,
lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu
bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah
sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam
setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu
ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia
membolak-balikannya. Melihat hal itu Ibnu Umar segera menegurnya selepas
solat. “ Jangan bermain kerikil ketika solat karena perbuatan itu
berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan
Rasulullah.” Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya ?. “Kemudian
Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari
telunjuk kearah kiblat atau tempat sujud. “ Demikianlah saya melihat apa
yang dilakukan Rasulullah s.a.w.” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat
Tirmidzi).
7. Melihat ke kiri atau ke kanan
Sedar
atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu
akibat godaan syaitan yang menggoda. Karena itu, selepas takbiratul
ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga
perhatian kita menjadi focus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah
hukum melihat ketika solat. “Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian
syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).
8. Menguap dan mengantuk
Rasulullah
bersabda bermaksud : “Menguap ketika sholat itu daripada syaitan.
Karena itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat
Thabrani). Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, :Adapun menguap itu
datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya)
selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ berarti syaitan tertawa dalam
mulutnya.” (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
9. Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan
ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang
dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu
daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani). Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang
tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin
diluar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain karena
syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.
10. Terasa ingin buang angin atau buang air
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkanaan.
Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.
0 komentar:
Post a Comment
Terima Kasih Telah Berkunjung di khazanahislamku.blogspot.com
Berikan Komentar dengan Penuh ETIKA untuk kita Diskusikan bersama