
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga
dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri
ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang
kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya.
Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila
masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta
pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu
menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang
sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini.
Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan
tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri
pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu
memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa
untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua
kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat
orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa
menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya
pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun
dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau
mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja
tidak!” Jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa
berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada
pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku
pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir.
Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?” Isteri ketiganya
menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau
mati“. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling
padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku.
Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut
dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku
tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang
kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa
putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu.
Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku
akan setia bersamamu.”
Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri
pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.
Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu
berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku
mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini ;
* ISTERI KEEMPAT
adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita
keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan
hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan
dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
* ISTERI KETIGA
adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya
akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita
yang pernah memilikinya.
* ISTERI KEDUA
pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita
dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya
sampai kuburlah mereka akan menemani kita.
* DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan
melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya,
hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan
mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong
kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
0 komentar:
Post a Comment
Terima Kasih Telah Berkunjung di khazanahislamku.blogspot.com
Berikan Komentar dengan Penuh ETIKA untuk kita Diskusikan bersama